12 Februari 2016

Semasam cuka

Kucing, haiwan kesayangan biarpun ia masam je.



Dirakam di rumah bapa ku di kampung. Sebenarnya kucing ni tidak segarang rupanya. Ia manja dan suka dibelai.


10 Januari 2016

Bunga pokok besar

Aku mendongak untuk mengambil gambar bunga ini kerana ia terletak tinggi di sebatang pokok yang besar di tepi jalan. Tak pasti pokok apa. Mungkin pokok mangga. Bunganya ada bentuk berus botol pulak ku tengok.


01 Januari 2016

Bengkok ke tepi

Aku biasa mengambil gambar pepatung. Dalam biasa tu, semalam aku terjumpa pulak seekor pepatung yang luar biasa. 'Ekor'nya membengkok ke tepi.


29 Disember 2015

UFO yang macam lampu ajaib dalam cerita Aladin

UFO adalah singkatan bagi unidentified flying object, bermaksud benda terbang yang tidak dikenali.

Jika anda perhatikan gambar di bawah anda dapat lihat satu benda terbang di awan. Adakah anda mengenali benda itu? Tentu saja anda tidak kenal atau tidak pasti kerana benda tu nampak samar-samar je. Kalau begitu boleh lah anda kata ianya adalah UFO kerana benda itu benda terbang yang tidak anda kenali. Hihi.


24 Disember 2015

Cendawan selepas hujan

Selepas seharian hujan, cendawan kecil berwarna kuning mula tumbuh dengan subur.


18 Disember 2015

Berapa banyak duit RM2.6 biliun..

Sejak beberapa bulan yang lalu angka dua perpuluhan enam biliun cukup popular di tanahair kita, mengatasi angka-angka yang lain. Kita dikejutkan dengan angka biliun tersebut yang terkandung dalam isu penuh misteri, kontroversi lagi sensasi tapi belum lagi basi walaupun kini nampak sedikit sunyi dari bunyi berintonasi yang mahukan resolusi (kata-kata ini sepatutnya diiringi tiupan seruling).

Ramai orang masih tertanya-tanya kerana penjelasan yang pernah kita dengar tak meyakinkan. Penjelasan yang macam anak ku bermain silap mata menghilangkan duit syiling dua puluh sen: "Hah! Ayah tengok, duit dah takda." Anak ku menunjukan tapak tangan kanan padahal duit syiling tu telah dengan pantas dialih dan digenggam di tangan kirinya.

Kita pun hairan kenapa mempersoalkan isu berkaitan dua perpuluhan enam biliun secara terbuka seolah-olah menjadi satu kesalahan besar. Malah kalau ada yang bertanya maka orang itu dianggap orang yang cuba menimbulkan perbalahan dan sengaja tak mau faham kerana penjelasan telah dibuat.

Jawapan dan penerangan yang jelas telah diberi!?

Jelas apanya kalau tak ada pun kenyataan tentang di mana duit dua perpuluhan enam biliun tu kini berada. Sudah habis? Sudah berkurangan? Pendedahan yang telus bagaimana ia digunakan? - Ada? Apa kah rakyat tak perlu tahu? Dan sumbernya.. dari penderma (singular) yang mau dirahsiakan. Beberapa bulan kemudian kata pula dari penderma-penderma (plural) yang juga mau dirahsiakan. Sungguh mencurigakan kan kan?

Sama seperti jutaan rakyat yang lain, aku juga hanya tertanya-tanya sendiri, tunggu dan lihat. Tak mampu berbuat apa-apa. Hendak bertanya terus pun perlu bahasa yang petah dalam suara yang besar. Jika tidak, tak ada gunanya. Mungkin hak kita bertanya pula nantinya dipersoal.

Okay la, kita tinggalkan dulu soal isu. Tak boleh citer banyak. Aku nak citer pulak tentang duit itu sendiri. Berapa banyak kah duit dua perpuluhan enam biliun ringgit?
Bersambung selepas gambar di bawah.

US$1,000,000,000.00


16 Disember 2015

Taman permainan

Gambar ni ada juga ku upload ke akaun Your Shot ku. Ada le 5 'favorites' setakat ini.

Dirakam di Tanjung Emas, 7:50 petang.


11 Disember 2015

Menara Jam waktu malam

Menara Jam yang terletak di sebelah Jalan Bakri, berhadapan jambatan. Malam ni nampak menara je, tak nampak jam sebab spotlight yang menyuluh jam tak menyala. Mungkin rosak atau mungkin sengaja tak dinyalakan.


09 Disember 2015

Muara

Pemandangan ini ku rakam dari Laman Maharani.


08 Disember 2015

Seekor katak puru di tepi jalan

Lebih kurang pada pukul 5:30 petang aku ke bengkel Ah Yong. Turun je dari kereta aku terpandang seekor katak puru di tepi jalan. Jarang sekali kita boleh lihat katak puru keluar dari tempat persembunyiannya pada waktu siang terutama dalam cuaca panas. Yang ni siap berjemur pulak di bawah sinar matahari.